Gambar Sekitar Amali Sembelihan Tingkatan 4

Amali sembelihan sudah menjadi rutin kepada pelajar SMK Bukit Garam bagi menyediakan penyembelih-penyembelih yang terlatih dan tidak hanya bergantung kepada orang dewasa untuk menyempurnakan sembelihan.

Kali ini 4 Matahari, 4 Kenanga dan 4 Anggerik telah melakukan dengan jayanya. Cukuplah gambar ini menceritakan sidikit sebanyak suasananya

Taklimat sembelihan termasuk cara menggunakan pisau
pelajar bersedia dengan ayam masing-masing
Guru menunjuk cara sembelihan

Dhirar dan Jumi antara peserta yang mengambil bahagian
Gelagat pelajar perempuan :takut ke tak tahan bau ayam Cina ni??hehe
Jimat cermah sembelihan Luqman
Ceramah hikmah sembelihan oleh penceramah jemputan [Ust Zulhelmi]
sebahagian peserta yang kusyuk mendengar ceramah

Aqiqah Perdana Siri II Bakal Kembali

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

Syukur pada Allah. dalam menyempurnakan program dan amali sembelihan dan Aqiqah, Panitia Pendidikan Islam terus melangkah untuk menyempurnakan bidang latihandan amali kepada pelajar.

Sekalipun amali sembelihan dengan menyembelih ayam telah dilakukan pada pertengahan tahun, Aqiqah perdana yang telah dilaksanakan pada tahun lepas dan diteruskan pada tahun ini. Sekalipun jumlah lembu yang diaqiqahkan pada tahun ini hanya 2 ekor sahaja tetapi ianya cukup untuk mendedahkan amali dan membuka ruang kepada guru-guru dan ibubapa untuk menyempurnakan tanggungjawab masing-masing.

Pada tahun ini, Ketua Bidang Kemanusiaan, Puan jumatiah Djumarang diberi tanggungjawab untuk mengepalai program ini yang setakat ini penyertaan aqiqah sudah melebihi 14 orang.

Kita doakan program yang bakal dilaksanakan pada 28 September ini dan masih dalam mood raya ini berjaya dilangsungkan dengan sebaik mungkin. Terima kasih kepada pihak Pejabat pelajaran Daerah Kinabatangan yang turut menyokong program ini dengan penyertaan hampir seekor lembu khususnya En Abd.Rait Othman, ketua Unit ko-Kurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah.

Adab Makan




" Makanlah yang baik-baik dan berbuatlah amal sholih"
(S. Al-Mu’minun, ayat 51)

(Disadur dari kitab Ihya 'Ulumiddin, Imam Al Ghazali rah.)

Menghidangkan makanan kepada teman-teman mempunyai banyak keutamaan.
Bersabda Rasulullah SAW, ”
Para malaikat Senantiasa mendo’akan kepada seseorang dari kamu, selama hidangannya terletak dihadapannya sebelum diangkatkan." (Ath-Thabrani dari Aisyah, sanad dlaif).

[Gambar sekadar hiasan]


Tersebut pada hadits,”Allah Ta’ala berfirman kepada hambaNya pada hari kiamat :Hai anak Adam! Aku lapar, lalu engkau tidak memberikan makanan kepadaKu. Lalu menjawab hamba itu: bagaimanakah aku memberikan makanan kepada Engkau, sedang Engkau adalah Tuhan seru sekalian alam?Maka Allah Ta’ala menjawab,”Telah lapar saudaramu yang muslim, lalu tidak engkau berikan makanan kepadanya. Kalau engkau telah memberikan makanan kepadanya, maka adalah engkau telah memberikan makanan kepadaKu
(Muslim dari Abu Hurairah).
Bersabda Rasulullah SAW,”Sebaik-baik kamu ialah orang yang memberikan makanan kepada orang.” (Ahmad dan AL Hakim dari Shuhaib, shaih isnad).

Adab Menghidangkan Makanan

1. Meninggalkan pemaksaan diri (takalluf) dan menghidangkan apa yang ada saja. Kalau belum tersedia apa-apa dan tidak mempunyainya, maka janganlah berhutang untuk itu. Kerana akan menyusahkan dirinya. Kalau ada tersedia, tetapi ia sendiri memerlukannya untuk makanannya sendiri dan tidak memungkinkan untuk disugukan, maka seyogyanya tidak disuguhkan.

2. Bagi tamu tidak menyarankan dan tidak bertegas menentukan sesuatu yang tertentu. Kerana kadang-kadang sulit bagi yang dikunjungi mengadakannya. Kalau disuruh pilih oleh temannya (tuan rumah) diantara dua macam makanan, maka hendaklah dipilih yang paling mudah diantara kedua macam makanan itu. Begitulah sunnah Rasulullah SAW. Pada suatu hadits, tersebut bahwa Nabi SAW manakala berliau disuruh pilih diantara dua barang, maka dipilihnya yang paling mudah memperolehnya (Al-Bukhari dan Muslim dari ‘Aisyah).

3. Tuan rumah menyugukan yang disukai temannya yang berkunjung. Dan meminta kepadanya akan saran-saran, manakala dirinya dapat menerima dengan baik, untuk melaksanakan apa yang akan disarankan itu. Yang demikian adalah baik. Bersabda Rasulullah SAW,”Barangsiapa memperoleh dari temannya makanan yang disukainya niscaya diampunkan dosanya. Dan barangsiapa menggembirakan temannya yang mu’min maka sesungguhnya ia telah menggembirakan Allah Ta’ala (Kata Ibnul-Juzi, ini hadits maudlu).

4. Tidak ditanyakan kepada tamu yang berkunjung itu,”Apakah kami sugukan saudara makanan?” Tetapi seyogyanya disugukan kalau ada,tanpa bertanya. Kalau tidak bermaksud memberikan sesuatu makanan kepada tamu maka seyogyanya tidak dizahirkan kepada tamu.

Adab Makan Bersama

1. Tidak memulai mengambil makanan, bila bersama dengan orang yang lebih penting didahulukan, disebabkan kerana tuanya atau lebih keutamaannya. Dan seyogyanya tidak melamakan menunggu apabila mereka telah bersiap dan berkumpul untuk makan.

2. Tidak berdiam diri ketika makan. Tetapi bicaralah yang ma’ruf (hal-hal yang baik) dan bercerita tentang orang-orang yang shalih, mengenai makanan, dan lainnya.

3. Berperasaan halus dengan temannya pada pinggan makanan. Maka ia tidak bermaksud melebihi dari yang dimakant emannya. Kerana yang demikian itu haram, kalau tidak bersesuaian dengan kerelaan temannya, jika makanan itu berkongsi. Tetapi seyogyanya bermaksud melebihkan temannya. Kalau dilihatnya temannya sedikit makan, maka hendaklah dirajinkan dan digembirakan temannya itu kepada makan dengan dikatakan kepadanya,”Makanlah.” Dan tidak dilebihkan mengatakan itu dari tiga kali. Kerana yang demikian sudah merupakan paksaan dan berlebih-lebihan.

4. Ia tidak memerlukan hingga temannya mengatakan,”Makanlah.” Dan tidak wajarlah meninggalkan (tidak memakan) sesuatu yang disukai lantaran dilihat orang lain kepadanya. Kerana yang demikian itu adalah tingkah yang dibuat-buat. Tetapi berlakulah menurut yang biasa dan tidak berkurang sedikitpun dari kebiasannya ketika makan sendirian.

5. Membasuh tangan pada tempat cuci tangan, tidak mengapa. Dan boleh berdahak kedalam cuci tangan itu jika ia makan sendirian. Jika bersama orang lain, maka tidak wajarlah berdahak. Apabila disuguhi cucitangan oleh oranglain, hendaklah diterimanya kerana menghormatinya. Dan tidak mengapa berkumpul membasuh tangan pada satu tempat cucitangan pada satu ketika. Kerana itu adalah lebih mendekatkan kepada merendahkan diri dan menjauhkan dari lama menunggu. Kalau tidak mereka perbuat yang demikian maka tidak wajarlah dituangkan air masing-masing. Tetapi dikumpulkan air dalam satu tempat cuci tangan.
Sabda Rasulullah SAW,”
Kumpulkan air sembahyangmu niscaya dikumpulkan oleh Allah akan perceraianmu.” (Al-Qudla’I dari Abu Hurairah).

6. Tidak memandang kepada teman-temanya dan tidak mengintip mereka makan. Lalu mereka malu kerananya. Tetapi hendaklah memicingkan mata dari teman-teman dan berbuatlah untuk diri sendiri. Dan janganlah menyelesaikan makan sebelum teman-teman, apabila mereka itu malu makan sesudahnya. Tetapi hulurkanlah tangan dan peganglah makanan dengan tangan,s erta ambillah sedikit demi sedikit sehingga mereka selesai. Kalau sedikit makan, berhentilah dulu pada permulaan. Dan sedkitkan makan, sehingga apabila mereka memakan secara meluas, lalu makan dengan merka kembali pada penghabisan. Kalau tidak turut makan, disebabkan sesuatu hal, hendaklah meminta maaf kepada mereka, untuk menghilangkan malu dari mereka.

7. Tidak membuat apa yang dipandang jijik oleh orang lain. Maka janganlah digerak-gerakkan tangan pada piring makan, dan janganlah ditundukkan kepala kepadanya, ketika memasukkan suap kedalam mulut. Apabila dikeluarkan sesuatu dari mulutnya, hendaklah dipalingkan muka dari makanan, dan diambilnya dengan tangan kiri. Dan jangan dimasukkan suap yang berlemak ke dalam cuka dan jangan dimasukkan cuka ke dalam makanan berlemak, kerana kadang tidak disukai orang lain. Dan suap yang dipotongnya dengan giginya, janganlah dibenamkan sisanya ke dalam kuah dan cuka. Dan janganlah berkata-kata dengan apa yang mengingatkan orang kepada yang jijik.

Tujuh Adab Pada Tempat Mencuci Tangan

1. Mendahulukan orang yang diikuti (yang menjadi ikutan banyak orang), dengan tempat mencuci tangan.

2. Diterima kehormatan dengan penyuguan tempat cuci tangan tersebut

3. Diedarkan tempat cuci tangan itu kesebelah kanan

4. Berkumpul padanya orang banyak

5. Dikumpulkan air kedalam tempat cuci tangan

6. Pelayan itu berdiri

7. Diludahkan air dari mulut dan dilepaskan tempat cuci tangan itu dari tangannya dengan pelan-pelan, sehingga tidak terpecik keatas lantai dan teman-temannya. Dan hendaknya disiramkan air oleh tuan rumah sendiri.

Tanggungjawab Terhadap Bayi yang Baru Lahir

Anak adalah amanah Allah yang perlu dipelihara dan dididik mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Islam.

Menjaga, mendidik dan menunaikan hak mereka adalah wajib bagi ibubapa dan penjaganya.

Berikut adalah amalan-amalan sunat yang bakal kita lakukan sebagai tanda kesyukuran kita menyambut kelahiran bayi ini:

a. Azan dan iqamat

-Anak lelaki di azan pada telinga kanan dan iqamat pada telinga kiri
-Anak perempuan di iqamat hanya pada telinga kiri.
Sabda Rasulullah diriwayat oleh Baihaqi dan Ibnu Sunni dari Hasan bin Ali:
“Sesiapa yang melahirkan anak maka hendaklah ia melakukan azan di telinga anaknya yang kanan serta iqamat pada telinga kiri, nescaya anak tidak dicabuli oleh Ummu Sibyan (jin perempuan yang mengganggu kanak-kanak)”


b.Membaca ayat Qulhuwallah (surah al-Ikhlas) dan ayat 36 surah al-Imran.

-Rahsia dan kelebihannya adalah agar anak dihindari daripada gangguan dan tipu daya syaitan, menandakan kehebatan alam semesta ciptaan Allah, mengajar syariat Islam (melalui kalimah syahadah) dan menanamkan kalimah mulia dalam hati.


c.Memberi nama yang baik

-Nama yang baik adalah nama-nama yang ada hubung kait dengan Islam atau pengertian yang indah. Tegas Rasulullah diriwayat oleh Muslim:
“Nama-nama kamu yang kamu paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman

d.
Tahnik (Belah Mulut)
-Menggunakan buah tamar yang dimamah lumat dan disuapkan sedikit kepada bayi dan gerakan ke kanan dan ke kiri.
-Ini bertujuan untuk mendidik bayi agar mudah menyusu dan menjana sifat taqwa, kesejahteraan dan kefasihan lidah.


e.Cukur rambut

-Sunat mencukur rambut bayi ketika bayi berusia 7 hari.
-Berat rambut ditimbang sama dengan nilai emas atau perak dan disedekah dengan nilainya kepada fakir miskin.
-Bercukur boleh melebatkan rambut, menguatkan kulit kepala, menyuburkan pancaindera (mata, penglihatan, pendengaran dan deria bau)
-Adalah dilarang membuat jambul.
Rasululah s.a.w menegaskan dari Abdilah bin Omar r.a berkata (hadis riwayat al-Sahihain): “Rasululah s.a.w telah melarang meninggalkan rambut bertompok-tompok”


f.Aqiqah

-Sunat melakukan aqiqah ketika bayi berusia 7 hari.
Dari Samrah bin Jundub r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (hadis riwayat Abu Daud):
“Tiap-tiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya. Disembelih kambing atau biri di hari yang ketujuh dan dicukurkan rambut serta diberi nama ke atasnya”


-Anak lelaki disunatkan sembelih dua ekor kambing atau biri-biri dan satu ekor bagi anak perempuan (kambing atau biri sampai umur seperti untuk korban).

Dari Habibah binti Maisarah (hadis riwayat Abu Daud):”Ia pernah mendengar Rasululah s.a.w berkata untuk lelaki dua ekor kambing yang sama besar dan untuk perempuan seekor kambing”


-Daging aqiqah digalakkan di masak gulai manis dan tulangnya tidak dipatahkan.

Sabda Rasululah (hadis riwayat al-Baihaqi): “Dari Aisyah r.a yang sunat dua ekor kambing yang sekupu (sama besar) untuk bayi lelaki dan bayi perempuan seekor dimasakkan secara berangkai-rangkai dan jangan dipatah-patahkan”

Hari Koperasi SMK Bukit Garam Meriah

Kalau tahun lepas, sambutan Hari koperasi sekolah disambut dengan menyembelih tiga ekor lembur, tahun ini tetap tidak kurang meriah sambutannya.

Cuma pada kali ini pengisian sambutan Hari Koperasi Sekolah diubah konsep kepada penglibatan pelajar yang lebih besar dalam aktiviti dan permainan yang melibatkan hampir semua pelajar SMK Bukit Garam.

Menurut pengarah program, Pn Hamidah Mat Jais, kebersamaan warga SMK Bukit Garam dalam membangunkan koperasi sekolah sebagai penyedia kemudahan dan latihan perniagaan amatlah penting. Sambutan ini juga sebagai tanda penghargaan pihak koperasi sekolah kepada warga sekolah yang telah menyumbang kepada pembangunan koperasi sekolah.


Sambutan pada kali ini diisi dengan perlbagai pertandingan dan permainan seperti permainan Galah panjang, Akulah Juara, sepak takraw, menyusun kiub, PS2, memasak dan sebagainya.

selain itu, pihak koperasi juga turut memberi penghargaan kepada pelajar dan guru yang paling cemerlang berkhidmat kepada koperasi. bagi kategori guru, pn Jumatiah Djumarang dinobatkan sebagai guru koperasi cemerlang.

Sebelum daripada itu, Penolong kanan 1, Pn Sutina Markus telah menyempurnakan upacara perasmian dengan membaca perutusan koperasi dan menanam bunga sebagai simbolik perasmian.

Persembahan silat yang dipimpin Al-Fadhil ust Mohd Termezi Ibrahim turut mengiringi majlis perasmian.
Ucapan Perasmian Puan Sutina Markus
Upacara menanam Pokok Perasmian

Akulah juara bersila
Penonton setia 5 Anggerik
Langkah sembah silat
serikandi Bukit Garam
Permainan Galah Panjang [mcm main choh]
Gerai Koperasi yang meriah
Guru Super Senior sedang mengadili permainan kiub
Perlawanan Sepak Takraw
Pemenang Pertandingan memasak bersama HEM
Penyumbang terbaik Koperasi
Menyaksi Nyanyian Lagu koperasi

Selamat Menghadapi Peperiksaan Muridku

Selepas cuti hari Pekerja, para pelajar dikerah untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun yang bermula 3 Mei dan akan berakhir pada 20 mei. Semoga ruang peperiksaan ini digunakan untuk mengukuhkan isi pengajian yang telah dipelajari selama ini.

Musim peperiksaan bukanlah bererti berakhirnya sesi pengajian dan hubungan murid dengan guru, malah pada waktu sebeginilah, murid seharusnya merasai betapa penting guru sebagai pembimbing untuk memantapkan ilmu yang dipelajari. Mungkin kekeliruan itu dapat diselesaikan melalui munaqasah dan taujihad oleh guru-guru kita.

Pelajar sekelian,

Peperiksaan mengingatkan kita betapa hidup ini akan sentiasa ada penghisaban dan markah tertentu. Markah itu akan melayakkan kita mendapat sesuatu. Begitu jugalah hubungan kita sebagai hamba Allah. Allah tugaskan kita untuk mengabdikan diri kepadaNYa. Ketaatan dan disiplin hidup kita akan direkod oleh Raqib dan Atib. Rekod amalan kita akan akan dibentangkan dan ditentukan untuk melayakkan kita ke syurga atau ke neraka Allah.

Debaran kita menanti keputusan peperiksaan tidak sepahit dan sepayah kita menanti di Mashyar. Mahsyar adalah tempat penantian agong yang amat meresahkan manusia yang ingar dan menjauhi ketaatan kepada Allah.

Rugilah mereka yang Fail dalam peperiksaan Allah dengan rugi yang teramat rugi. Justeru itu, utamakanlah ibadat dan niat yang tulus belajar kerana Allah bukan kerana mengejar imbuhan keduniaan yang penuh dengan kepura-puraan.

Tunaikanlah sembahyang fardu paling kurang. Hiasil diri dengan akhlak Islamiah di samping membasahkan lidah dengan zikir-zikir ayat Al-Quran yang telah diwajibkan oleh Kementerian Pelajaran untuk dihafaz sebagai sukatan Pendidikan Islam.

Selamat bermuhasabah muridku. Banyakkan panjat doa kepada Allah kerana itulah tempat selayaknya. Niatlah belajar dan berkerja ini untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat serta dijauhkan daripada azab api neraka. Itulah kebahagiaan yang abadi. Selamat maju jaya.

Program Penghayatan di SK Singgah Manis

Sekalipun agak terlewat untuk membuat sedikit catatan berceramah Penghayatan di Sk Singgah Manis sempena kem motivasi calon-calon UPSR mereka. Namun, penulis berhasrat untuk berkongsi sedikit pengalaman bersama murid-murid Cikgu Suriati ini.

Penulis agak berkejar-kejar ke program ini kerana terpaksa menghabiskan ceramah Maulid peringkat daerah Telupid di SMK Telupid. Perjalanan yang agak jauh dengan keadaan jalan yang cukup mencabar dan penulis ada pengalaman kurang baik kerana sebelum ini dua tayar kereta pecah dalam perjalanan Beluran-Telupid.

Hanya singgah sekejap untuk solat Asar, penulis terus menuju ke SK Singgah Manis. Guru Besar dan guru-guru SK Singgah Manis di Bilik Mesyuarat mereka dan dihidangkan bubur.. (sedap)

Menariknya, program ini bukan sekadar membimbing untuk akademik tetapi juga kepimpinan. Penulis melihat ada bersama-sama peserta batu bata dan pelajar sendiri menjadi pengerusi majlis dan memberi arahan.

Emosi penulis pada awalnya sedikit terganggu bila LCD tidak berfungsi dengan baik lantaran masalah laptop penulis. Namun demikian, dapat diselesaikan selepas itu dengan bantua guru-guru SK Singgah Manis.

Ceramah penghayatan mendapat perhatian dan kerjasama yang baik daripada kalangan peserta. Pada padangan penulis, objektifnya tercapai sekalipun program ini berakhir dekat dengan waktu maghrib.

Peserta ditiup semangat menghargai pengorbanan ibubapa dan kenapa mereka mesti belajar bersungguh-sungguh. Selain itu, penulis berjaya membetulkan niat sebenar tujuan pelajar belajar iaitu untuk mendapat kebahagian di dunia dan juga diakhirat disamping dijauhkan daripada azab api neraka Allah. Pelajar digesa melazimi azam dan doa ini dalam kehidupan.
agaknya..apalah yang dibincangkan oleh peserta
menangis bila disentuh pengorbanan ibubapa mereka
Wakil peserta menyampaikan cenderahati kepada penceramah

Jadual Belajar Produktif

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

    ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....

  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    3. mengingat kembali (recall)
    4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    2. memberikan tumpuan sepanuhnya
    3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    3. duduk tegak dikerusi yang selesa
    4. baca doa penerang hati
    5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    6. fikir dan ingat kembali isi utama
    7. catat/lakar
    8. semak semula ketepatan maklumat
    9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    10. buat rumusan
    11. jawab soalan
    12. tampal maklumat yang rumit di dinding
    13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. jangan membaca nama pada batu nisan
    8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    10. banyakkan makan kekacang
    11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    13. jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    1. tampal nota-nota penting di dinding
    2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    3. gunakan kaedah akronim
    4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    1. mempunyai jadual belajar
    2. patuh kepada jadual
    3. buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    1. taat kepada Allah
    2. mendirikan sembahyang
    3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    4. hormati & sayangi guru
    5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    7. membantu rakan yang memerlukan
    8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
    9. sentiasa bertawakal
    10. mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat

sumber :http://izzuddinpro.blogspot.com

Mahmudin, Sunaidah & A.Dollyana

Persahabatan dan perkhidmatan melebihi 10 tahun cukup pahit untuk ditelan dengan perpisahan. Namun hakikat itu mesti diterima dan diteruskan demi survival masa depan mereka dan mungkin ada juga baiknya untuk kami. Ini kerana bertemu dan berpisah adalah lumrah biasa yang mematangkan kehidupan.

Cikgu Mahmuddin telah berpindah ke kampung isterinya Cikgu A. Dollyana di Kota Kinabalu dan Cikgu Sunaidah balik kampung di Sandakan. Tinggalah kami yang terus bertagar di sini.Perpindahan tiga orang Guru Cemerlang (GC) serentak sedikit sebanyak memberi impak negatif kepada sekolah. Pihak sekolah atau lebih tepatnya Kelab Staff telah mengadakan majlis perpisahan untuk mereka. Biarlah gambar ini menceritakkannya
antara suka dan duka, senyum dan murung
para sahabat seperjuangan yang bakal ditinggalkan
Jurugambar yang turut bersedih
Cikgu Mahmudin yang tidak menguntum sebarang senyuman sepanjang majlis
beginilah akrabnya kami di sini
masih belum membuatkan hadirin tersenyum sekalipun sedih
jamuan perpisahan

Pengurusan Kawalan Kelas semasa P&P

Saya seringkali lupa nama pelajar dan kekerapan tidak hadir memberi masalah yang besar kepada saya untuk mengingati pelajar dan latar belakangnya. saya baru mencuba dengan menggunakan kaedah saya sendiri iaitu menggunakan lembaran kawalan yang digunakan setiap kali masuk mengajar.

Hanya sekadar perkongsian untuk mengenalpasti tahap pelajar dan sedikit sebanyak mendapat maklumat daripada guru-guru yang mengajar subjek yang sama.

Saya mohon perkongsian ini dikomen untuk penambahbaikan kita bersama, apa lagi kepada saya yang sedang bertatih untuk mencari keseronokan dan kepuasan dalam berkerja.

Pengurusan kawalan kelas yang hendak dikongsi ialah dengan sentiasa mencatat dan mengemaskini maklumat-maklumat berikut:-

a. Untuk Pelajar

i. Senarai Kehadiran Kelas pendidikan Islam

i.i hanya murid yang ada di dalam kelas sahaja dikira hadir untuk kelas pendidikan Islam sekalipun mereka hadir tetapi terlibat dengan kokurikulum dan sebagainya. Tujuan untuk melihat jumlah sebenar pelajar berada di dalam kelas dan kesungguhan mereka mengulangkaji pelajaran jika sekiranya tidak berada di dalam kelas

i.ii Tarikh kelas berlangsung dicatat. Sebaiknya kertas kehadiran itu dibuat 4 bulan untuk setiap helaian kertas

i.iii. Sentiasa dibawa ke dalam kelas dan diambil sebelum P &P berjalan

i.iv Maklumat tersebut perlu dibawa berbincang dengan pihak terbabit sekiranya perlu kepada penambahbaikan

iv. Maklumat ini boleh digunakan sebagai salah satu bukti sekiranya berlaku penurunan % kelulusan atau sebarang masalah yang berkaitan pelajar.


ii. Rekod Penghantar Hasil Kerja/ Nota Pelajar

ii.i Mengenalpasti kekerapan pelajar yang menghantar hasil kerja/ nota/ latihan kepada guru untuk diteliti.

ii.ii Sila catatkan nama pelajar, tarikh hantar, jenis hasil kerja dan juga komen

iii. Maklumat Pelajar

Guru sering tersasar dalam bertindak lantaran tidak mengenal betul latarbelakang dan bebanan yang pelajar pikul. Justeru itu, kita cuba buat begini..

iii.i Catatkan kegiatan kokurikulum mereka seperti pasukan Beruniform, Persatuan/kelab dan sukan permainan yang mereka sertai. - Tujuan- mengetahui tahap kesibukan pelajar dan komitmen mereka kepada sekolah.

iii. ii Latar belakang keluarga pelajar seperti pekerjaan ibubapa, pendapatan, alamat dan bilangan adik beradik - Tujuan untuk mengenalpasti tahap sosioekonomi dan latar belakang pelajar terutama bagi kami sekolah pendalaman yang faktor kepayahan hidup banyak menjejaskan kualiti pembelajaran.

kita sambung kemudian... belum habis lagi. kena ke kelas ...

Seminar 1 Ummah

Kertas Kerja Seminar

Kakitangan Hospital Zon Timur

(Sandakan, Beluran, Kinabatangan,Telupid, Lahad Datu,Kunak, Semporna)

Tajuk : I Malaysia 1 Ummah

Muqadimmah

Perpaduan dilihat sebagai satu elemen yang paling penting dalam mengekalkan kestabilan dan keharmonian Negara yang sedia ada. Lantaran itu konsep satu perlu dihayati oleh semua pihak dengan mengenepi anasir-anasir yang boleh memecahbelah masyarakat dan bersama-sama mendokong nilai-nilai sejagat.

1 Malaysia 1 ummah menjadi tema Mauliddur Rasul pada tahun ini , dengan harapan memperkukuhkan perpaduan kaum, agama dan apa jua perbezaan. Persoalan Ummah pula dipertegaskan oleh Doktor Abdur Raziq As-Sanhuri bahawa kalimah ummah atau jamaah yang perlu difahami bukan sahaja merangkumi muslimin sahaja, tetapi juga merangkumi semua kaum, agama dan puak yang boleh hidup aman di bawah panji Islam.

Seorang ahli sains social Perancis yang mengatakan maksud ummah perlu merujuk kepada ummah yang diciptakan oleh baginda SAW iaitu muslimin dan kuffar zimmi yang boleh hidup berkerjasama di bawah satu lembayung kepimpinan Rasulullah.

Konsep Perpaduan Dalam Islam

Surah Aali Imran:103. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

Perpaduan hendaklah diasaskan kepada beberapa perkara berdasarkan ayat di atas

i. Perpaduan itu mesti berteraskan Al-Quran dan hadis dengan meletakkan hokum dan syariat Allah dihadapan dalam membentukrupa perpaduan yang sebenar. Haram hukumnya bersatu dalam dosa dan permusuhan.

ii. Syariat Islam yang lengkap mesti digunapakai secara keseluruhan dengan menjadikan Islam sebagai satu cara hidup.

iii. Mufaraqah daripada kerangka atau lilitan syariat Islam adalah dilarang oleh Allah kerana manusia diikat dengan dosa dan pahala

iv. Perpaduan akan lebih lunak bilamana kita mengenepikan dendam dan permusuhan silam.

v. Manusia itu saling bertanggungjawab di antara mereka

vi. Persaudaraan menyelamatkan manusia daripada jurang api neraka. Sikap tegur menegur adalah asas kepada terdirinya agama dalam kehidupan bermasyarakat

Perpaduan juga dapat dilihat daripada dua jurusan atau dimensi iaitu:

Pertama: Perpaduan luaran yang terjelas sebagai kerukunan muafakat bergotong-royong, memperteguh suasana sosio-politik negara demi kepentingan bersama.

Kedua: Perpaduan yang jauh lebih asasi iaitu kesatuan dalaman yang terzahir sebagai pautan kejiwaan dan kerohanian.

Manusia Yang Terbaik

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kalian dan seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kalian saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kalian di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kalian. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”(QS Al Hujuraat (49): 13

Manusia yang terbaik ialah mereka yang bertaqwa kepada Allah. Apa itu Taqwa?

Kata taqwa mengandungi makna menolak sesuatu dari sesuatu dengan selainnya sedangkan kata (اَلْوِقَايَةُ) mengandung makna menjaga sesuatu. (اِتَّقِِ اللَّه) maknanya jadikanlah antara kamu dengan-Nya sesuatu bagaikan penjaga. (Maqayiisil Lughah [6/131])

Taqwa juga ditakrif sebagai rasa takut kepada Allah secara terus-menerus dan kehati-hatian agar tidak melanggar aturan-Nya secara terus-menerus..

‘Umar bertanya kepada Ubay bin Ka’ab tentang taqwa, lalu Ubay berkata

“Bukankah engkau pernah melintasi jalan yang berduri?”, “Betul” kata Umar. Ubay bertanya bertanya kembali, “Apa yang engkau lakukan ketika melintasinya?” Umar menjawab, “Berhati-hati.” “Itulah taqwa,” jawab Ubay.

Ibnul Mu’taz mengambil makna tersebut seraya berkata,

خلِّ الذُّنوبَ صَغِيرَها…. وكَبِيرَها فَهْوَ التُّقَى

واصْنَعْ كماشٍ فَوْقَ أَرْضِالشَّوْكِ يَحْذَرُ ما يَرَى

لا تَحْقِرَنَّ صغيرةً….إنَّ الجِبَالَ مِنَ الحَصَى

“Tinggalkanlah dosa-dosa, kecil maupun besar, itulah makna sebuah ketaqwaan. Melangkahlah dengan berhati-hati bagaikan orang yang berjalan di atas tanah yang berduri. Janganlah kamu meremehkan dosa-dosa kecil, kerana gunung pula terbentuk dari gumpalan batu kerikil.” (Lihat Jami’ul ‘Ulum wal Hikam)

Keluarga Tapak Bina 1 Ummah

Pembinaan ummah bermula daripada individu, membesar apabila terbentuk keluarga yang menjadi anggota masyarakat sesebuah Negara. Tapak asas 1 ummah boleh diperkasakan sekiranya keluarga dapat menghasilkan individu yang berkualiti (Quratul akyunn).

Islam telah menyusun satu system kekeluargaan yang komprehensif bagi memastikan hambanya merasai kenikmatan hidup. Ianya akan dapat dilaksanakan melalui beberapa hubungan :-

a. Hubungan Suami Isteri

i. Menyelesaikan isu-isu hubungan di awal perkahwinan

ii. Mengenali keluarga pasangan

iii. Batas-batas pergaulan dalam keluarga

iv. Kelahiran anak

v. Hubungan kelamin suami isteri dan adabnya

b. Hubungan dengan ibubapa

i. Tanggungjawab anak terhadap ibubapa

ii. Bakti anak kepada ibubapa semasa hidup dan

iii. Bakti anak kepada ibubapa selepas mati

c. Hubungan dengan mertua

i. Hubungan ini penting bagi mendapat bimbingan, sokongan, mengeratkan saliturrahim dan menghargai pengorbanan mereka

ii. Menerima, melayani mertua sebagai ibubapa

iii. Selalu berbaik sangka dengan mertua dan menerima sebarang kekurangan

iv. Selalu menziarahi mereka dan memberikan kasih saying

v. Menggunakan komunikasi yang berkesan

d. Hubungan dengan jiran

i. Jiran sebagai pengganti saudara mara

ii. Tempat untuk mendapat sebarang bantuan terutama diwaktu kecemasan

iii. Sumber untuk mendapat bimbingan dan nasihat

iv. Hubungan baik ini boleh diwujudkan dengan menghormati, berbaik sangka dan sikap tolong menolong

v. Menunaikan hak kepada jiran dengan menziarahi, memenuhi jemputan mereka serta mengiringi jenazah sekiranya berlaku kematian.

Kaedah membentuk Khairun Ummah Dalam Konteks Kakitangan Perubatan

a. Menghargai Perubatan Pekerjaan Mulia

Kepercayaan yang diberikan masyarakat kepada profesion perubatan harus dimanfaatkan sebaik cara agar dakwah Islam dapat disampaikan kepada pesakit, walaupun kepada golongan bukan Islam.

Para doktor dan paramedik adalah barisan hadapan profesion perubatan yang berusaha meringankan kerusingan dan kesakitan pesakit dan sudah tentu kerja yang mulia ini mendapat perhatian, kepercayaan dan penghormatan oleh masyarakat. Adalah menjadi sesuatu yang merugikan jika seorang perawat Islam itu menghabiskan berjam-jam berkerja di hospital tetapi hanya sekadar merawat keadaan fizikal pesakit tanpa merawat jiwa-jiwa mereka yang mungkin terpinggir daripada ajaran Islam mahupun mereka yang tidak pernah mendengar mengenai Islam sebagai ad-deen.

b. Melayan Pesakit dengan Ikhlas dan penuh sabar

Pesakit yang datang mendapat rawatan dengan pelbagai ragam pastinya menguji kesabaran perawat. Kesabaran dan keikhlasan perawat menjadi ubat yang paling mujarab bagi pesakit, sekalipun dengan sebuah senyuman ikhlas.

c. Menjaga aurat dan maruah pesakit

Maruah termasuk dalam salah satu dhururah khamsah (5 perkara yang wajib dipertahankan) patut diberi perhatian oleh para perawat sekalipun di situ ada rukhsah. Rukhsah tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya.

Pesakit perlu diterangkan dan diingatkan tentang batas-batas aurat, maruah pesakit lain dan tidak menceritakan keaiban pesakit lain semasa mereka sama-sama dirawat.

d. Banyak berdoa dan bertawakal kepada Allah setelah berusaha

Kita hanya sebagai hamba yang bertugas mengurus kesihatan manusia. Allahlah yang menyembuh segala penyakit yang dideritai oleh hambanya. Perawat dan pesakit mestilah sama-sama berdoa dan bertawakal kepada Allah melalui usaha yang bersungguh-sungguh.

Penutup

Konsep 1 ummah hanya akan terlaksana sekiranya semua pihak menjalankan amanah dengan telus, dedikasi,berlapang dada, menghapuskan prejudis dan segala anasir rakus yang membentengi konsep 1 ummah untuk menyerap dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Iman dan taqwa mestilah dicernakan dalam kehidupan manusia disemua peringkat, dengan mencontohi fatonah Rasulullah SAW membina masyarakat Madinah sehingga ummah di zamannya berjaya menggegar dunia.

Oleh : Ust Mohd Zaidi Mustafa

SMK Bukit Garam, Kinabatangan

Wong Yujing peroleh A+ bagi Tasawwur Islam

KUALA TERENGGANU 23 Mac - Minat untuk mendalami Islam sebagai agama rasmi negara mendorong kejayaan Wong Yujing mendapat A+ bagi subjek Tasawwur Islam sekali gus membantunya memperoleh 10A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman itu berkata, kejayaannya turut didorong sikapnya yang sentiasa berinteraksi dengan pelajar Islam ketika di dalam kelas sejak di tingkatan empat lagi.

Malah, kegigihannya belajar sendiri menerusi buku teks turut membantunya mencapai keputusan cemerlang itu.

"Kejayaan saya ini terutama dalam subjek Tasawwur Islam banyak dibantu oleh guru dan rakan sekelas," katanya ketika ditemui pada majlis Pengumuman Keputusan SPM 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Jiring di sini hari ini.

Yujing, anak sulung kepada pasangan pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu merupakan antara 17 pelajar cemerlang SPM 2010 yang memperoleh A+ dalam semua subjek yang diambil.

Dia bercita-cita menjadi seorang ahli perniagaan dan bercadang melanjutkan pengajian ke United Kingdom dalam bidang kejuruteraan kimia.

sumber : Utusan Malaysia

Persediaan Bina Blog

persiapan awal penting dalam membina blog supaya masa tidak dihabiskan begitu sahaja. Dalam persediaan membina blog bagi kursus dalaman guru-guru SMK Bukit Garam, persiapan berikut perlu dilakukan .

1. Sediakan email sebaiknya @gmail.com

2. Sedia password baru untuk blog

3. Bawa bersama gambar-gambar yang hendak dimasukkan dalam bentuk softcopy

4. Cadangkan nama blog anda

5. Cadangkan tema blog anda untuk diletak di head blog anda. Sebaiknya akan memudahkan pencarian

6. Senaraikan

- nama-nama blog yang hendak di link nanti

- kategori yang hendak diwujudkan dalam blog nanti

7. Sediakan kata-kata tentang blog anda

8. Install perisian ADC untuk memudahkan mengedit gambar khususnya untuk mengecilkan saiz gambar

 
Powered By Blogger | Reka Cipta iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top